'time is gold, honey!!'


Myspace Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com

meen^lilo favourita > music video


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

meen^lilo billboard > my bro, Faizal Dzasrik

Wednesday, April 15, 2009

meen^lilo > pelakon 'pura-pura' terbaik


(sample blog entry taken from faizaldzasrik.blogspot.com)

Sebut sahaja ‘berpura-pura’, ramai yang akan membenci sikap sebegitu. Hakikatnya, jika berbakat mengimbangi personaliti anda dengan sikap ‘terpuji’ ini, anda pasti hidup senang-lenang dalam banyak perkara. Tak percaya?

PURA-PURA MENABUR BUDI
§ Anda berpura-pura menghulurkan derma kepada peminta sedekah yang datang menyapa anda dihadapan teman wanita atau teman lelaki ketika sedang makan di sebuah warung.
§ Prospek – Nak membuatkan pasangan anda kagum dengan ‘nilai-nilai murni’ yang ada dalam diri anda.
§ Faedah – Anda mungkin berjaya meningkatkan tahap keyakinan pasangan anda bahawasanya anda adalah ‘manusia paling baik’ sebagai teman sehidup semati.

PURA-PURA BERTANYA
§ Anda sengaja menyibukkan diri dengan bertanya soalan kepada pensyarah atau guru semasa mereka sedang mengajar di dalam kelas. Walhal anda sendiri tahu jawapannya.
§ Prospek – Ingin menonjolkan diri sebagai pelajar popular dan berusaha ‘bagai nak mati’ mengejar kejayaan. Bodek!
§ Faedah – Mudah dikenali oleh pensyarah atau guru. Senang untuk lulus atau diberikan ‘markah simpati’ untuk menyelamatkan anda dari gagal.

PURA-PURA MERAJUK
§ Anda tahu diri anda disayangi walau apa-apa pun yang berlaku. Merajuk bersebab atau tidak. Anda akan sengaja mengambil kesempatan untuk merajuk untuk dipujuk oleh orang lain. Manjanya!
§ Prospek – Sudah tentu berhajatkan sesuatu dan mahukan suara keinginan anda diperdengarkan oleh orang lain. Jika merajuk bersebab kerana gaduh misalnya, anda sengaja mahu orang lain mengaku kesalahannya dengan memujuk.
§ Faedah – Teknik ini berkesan untuk menguji kasih sayang dan kepercayaan orang lain terhadap diri anda. Bonus! Anda juga orang yang memujuk biasanya tidak akan datang dengan tangan kosong. Pasti ada ciuman, pelukan, hadiah kecil dan apa saja benda-benda kesukaan anda.

PURA-PURA SUSAH
§ Senario paling jahat! Biasanya dipengaruhi oleh masalah kewangan. Pantang jumpa orang lain yang boleh ‘dimakan’, pasti akan menceritakan masalahnya.
§ Prospek - apa lagi…cilok duitlah§ Faedah – Pinjaman tanpa cagaran dan bunga. Jika anda tidak mahu membayar pinjaman, anda cuma perlu lupakan sahaja. Anda tidak rugi apa-apa. Cuma hilang seorang kawan, tetapi masih boleh mencari seorang kawan baru yang lain, bukan?

PURA-PURA TAHU
§ Kerana mahu melayan ego dan mahu dipandang tinggi, semua benda mengaku tahu. Atas peluang keuntungan peribadi dan lonjakan imej di mata semua kenalan.
§ Prospek – Mahu mendahului rakan-rakan lain dalam apa jua bidang sekali pun. Dalam aspek pekerjaan, mahu dilihat berkeupayaan tinggi oleh bos. Risiko besar ni!
§ Faedah – Jika punya orang-orang sekeliling yang kuat terpengaruh dengan kata-kata anda, pasti anda akan dilihat sebagai orang yang hebat. Jikalau mampu untuk ‘makan’ bos sendiri, itu adalah kejayaan yang lebih besar. Hahahaha.

PURA-PURA SUKA
§ Sekadar ingin menjaga hati orang lain. So sweet!
§ Prospek – Mahu memberikan penghargaan sungguh pun di dalam hati bergelora tidak menyukai dan menyenangi sesuatu perkara.
§ Faedah – Tergolong dalam kelompok kesukaan ramai orang. Tiada anasir negatif yang meletakkan diri anda dalam bahaya atau menanggung risiko dikritik.Pendedahan kali ini jelas menunjukkan sifat ‘berpura-pura’ ada keuntungannya tersendiri. Semua orang mencari kualiti yang paling baik. Termasuklah ingin berdamping dengan orang yang baik-baik dan sifatnya yang sememangnya benar-benar baik. Soalnya siapa?

Dunia kini penuh cabaran. Agak sukar untuk mencari insan baik yang seperti itu.Tapi bagi saya…kualiti insan yang terbaik adalah seseorang yang mempunyai sifat ‘natural’. Dia jelas memaparkan perasaannya tanpa sebarang bentuk lakonan yang dibuat-buat. Bebas untuk marah, suka, benci, sayang dan sebagainya. Mengapa pula kita patut ketawa jika kita berasa sangat marah kepada seseorang?

FAIZAL DZASRIK

P/S : Oh ya, saya lupa satu benda. ‘Control Macho’ bagi yang lelaki dan ‘Control Ayu’ bagi yang perempuan termasuk juga dalam kategori orang yang kuat ‘berpura-pura’. Biasanya makhluk-makhluk sebeginilah adalah calon favourite untuk menang anugerah pelakon pura-pura terbaik. Hehehe.
meen^lilo
Buzz : Sample...sample! Percubaan satu dua tiga...over!

Friday, April 10, 2009

Aloha!!!!! I'm Meen..


Welcome 2 my blog... how were ya??

meen^lilo astrology quiz


Myspace Quizzes at WishAFriend.com